Lizzie Velásquez
Lizzie Velásquez

Lizzie Velásquez

Elizabeth Anne Velásquez (/ˈlɪzi vəˈlæskɛz/; lahir 13 Mac 1989) ialah seorang pakar motivasi, aktivis, pengarang dan pembuat video YouTube Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan dengan penyakit bawaan yang jarang ditemui, sindrom marfanoid-progeroid-lipodistrofi. Sindrom ini mengakibatkan beliau mengalami kesulitan dalam menambah lemak dan meningkatkan berat badan sehingga tubuhnya tidak mampu membesar. Akibatnya, beliau telah diganggu sejak kecil. Sebagai remaja, beliau menghadapi gangguan siber yang kemudian memberi inspirasi kepadanya untuk membincangkan motivasi di khalayak ramai.[1][2]

Lizzie Velásquez

Pekerjaan Pakar motivasi, penulis
Ibu bapa Rita Borja Velásquez
Guadalupe Fonsi Velásquez
Terkenal kerana pidato motivasi, aktivis antiperundungan, penampilan di hadapan umum dan pengarang buku
Warganegara Amerika Syarikat
Kelahiran Elizabeth Ann Velásquez
(1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 31)
Austin, Texas, Amerika Syarikat
Pusat pendidikan Universiti Negeri Texas

Berkaitan